suria

Tak boleh meludah, tukar jersi dan kongsi botol air antara syarat baharu aksi EPL

Beberapa syarat ketat dikenakan kepada pemain-pemain sebaik sahaja liga kembali bermula.

LIGA Perdana Inggeris membentangkan protokol baharu kepada semua pengurus dan kapten apabila liga kembali berlangsung.

Empat peraturan baharu yang akan diterapkan adalah tiada keraian pasukan (gol atau menang), tidak dibenarkan meludah, berkongsi botol air dan bertukar jersi.

Sebanyak 20 kelab liga akan mengambil undi sama ada akan meneruskan baki 92 perlawanan musim ini pada Isnin.

Manakala prosedur kebersihan akan diutamakan sepanjang tahun turut dibincangkan.

Menurut laporan Daily Telegraph, peraturan tegas itu juga akan diguna pakai ketika sesi latihan selama tiga hingga empat minggu, dijangka pada pertengahan Jun ini bagi memastikan pemain-pemain membiasakan diri dengannya.



Pengadil akan diberi kuasa untuk menjatuhkan hukuman kepada pemain yang meludah ketika dipadang.

Sebagai contoh, meludah juga turut dilarang ketika sesi latihan dan dijangka akan diteruskan ketika perlawanan.

Kemungkinan juga kuasa akan diberikan kepada pengadil untuk menjatuhkan hukuman kepada pemain-pemain yang meludah di padang, berdasarkan peraturan Fifa.

Pengerusi Perubatan Fifa Michel D'Hooghe berkata: "Ini adalah perkara yang biasa dilakukan dalam bola sepak dan ia tidak menjaga kebersihan.

"Jadi, apabila bola sepak kembali bermula, kita perlu mengelaknya daripada berlaku secara maksimum. Persoalannya adakah ia boleh dibuat.

"Harap mereka boleh dikenakan kad kuning. Ia tidak bersih dan cara terbaik untuk virus tersebar."

Pemain-pemain juga diberitahu untuk menyesuaikan diri dengan budaya baharu dalam perlawanan dan memerlukan disiplin yang tinggi terutamanya dari segi kebersihan dan penjarakkan sosial.- Dailymail

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Peraturan, Baru, EPL, Ludah

Artikel Lain