suria

Sebahagian pemain bintang enggan tanda tangan perjanjian 'Project Restart'

Beberapa pemain dilaporkan enggan menandatangani perjanjian Project Restart berikutan bimbang dengan Covid-19.

SEMUA pemain dan staf Liga Perdana Inggeris (EPL) diminta untuk menandatangani perjanjian individu coronavirus atau Covid-19 sebagai sebahagian daripada perancangan 'Project Restart'.

Sportsmail difahamkan beberapa pemain bintang telah berbincang untuk tidak menandatangani borang tersebut berikutan bimbang akan dijangkiri pandemik Covid-19.

Staf-staf kelab yang akan hadir ke pusat latihan dan stadium diberi peraturan bagi melindungi daripada dijangkiti wabak itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak boleh meludah, tukar jersi dan kongsi botol air antara syarat baharu aksi EPL

Mereka juga mengambil langkah berjaga-jaga untuk menandatangani borang tersebut kerana bimbang akan memberi kesan kepada hak masing-masing, lebih-lebih lagi tempoh sukar kelab berdepan dengan situasi Covid-19 ini.

Terdapat juga kelab-kelab yang memberi pemain-pemainnya supaya tidak menandatangi perjanjian tersebut sekiranya timbul ragu-ragu.

Sebelum ini dilaporkan antara empat syarat utama sekiranya liga kemabli berlangsung selepas ditanggungkan sejak pertengah Mac lalu adalah pemain-pemain dilarang meludah, berkongsi botol air, bertukar jersi dan tidak ada keraian (gol atau menang). -Dailymail

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain