suria

Guna perkataan anti gay, pihak berkuasa Sao Paulo enggan siasat Neymar selepas terima aduan aktivis

Seorang aktivis membuat aduan ke atas Neymar baru-baru ini berhubung satu audio yang tersebar.

MENTERI Awam Sao Paulo menolak permohonan seorang aktivis gay agar satu siasatan dibuka ke atas Neymar kerana didakwa bersikap homofobia.

Ia susulan aduan yang dibuat aktivis itu baru-baru ini selepas Neymar memanggil teman lelaki ibunya dengan gelaran anti gay.

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi ada hubungan dengan orang lain, ibu Neymar halau teman lelaki berusia 22 tahun

Menerusi rakaman audio yang tersebar, bintang Paris Saint German (PSG) itu menggunakan kata-kata yang bersifat penghinaan terhadap teman lelaki ibunya iaitu Tiago Ramos.

Pemuda berusia 22 tahun itu bercinta dengan ibu Neymar, Nadine Goncalves, 52, sebagaimana diumumkan sebelum ini.

Namun, timbul pula dakwaan pemuda itu merupakan seorang biseksual.

Sebelum ini, dilaporkan hubungan cinta itu ibu Neymar telah berakhir setelah dia mendapati kekasihnya itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain ketika temu janji pertama mereka.

Ramos yang berusia enam tahun lebih muda daripada Neymar, 28, didakwa pernah mengadakan temujanji dengan selebriti chef Brazil sebelum menjalin hubungan dengan ibu penyerang itu.

Malah turut didedahkan bahawa Ramos turut mempunyai hubungan dengan actor Brazil Carlinhos Maia sebelum ini. - Getfootballnewsfrance.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Neymar, PSG, Nadine Goncalves

Artikel Lain