BINTANG tenis Britain, Andy Murray terlupa untuk membawa barang keperluan perjalanannya untuk menaiki penerbangan dari London, United Kingdom ke New York, Amerika Syarikat (AS) untuk menyertai kejohanan Terbuka AS. Perkara itu didedahkan oleh abangnya, Jamie. Jamie merakamkan dirinya sendiri bersama Andy di dalam pesawat untuk penerbangan jarak jauh ke AS. Malah, dia sempat mengusik adiknya berusia 33 tahun itu. Mereka kelihatan mengelap tempat duduk dan meja, sebagai langkah-langkah pencegahan Covid-19. "Dia lupa airpods dan pengecaj komputer riba, tetapi saya rasa ia berlaku apabila terpaksa bangun pukul 5 pagi untuk mengemas beg sebelum pergi ke lapangan terbang. ."Benda yang dia ingat adalah membawa topeng mukanya," kata Jamie mengenai penerbangan selama lapan jam itu. - Mail Online Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!