PASUKAN keselamatan Roman Abramovich menggunakan laluan berbeza setiap kali mereka membawanya ke tempat latihan Chelsea kerana dikhuatiri 'diserang'. Perkara itu didedahkan oleh bekas pemain tengah Blues, Sebastian Kneissl mengenai situasi yang dihadapi jutawan Rusia itu apabila tiba di kelab itu buat kali pertama pada 2003. Enam limosin dilihat memecut masuk ke kompleks latihan Harlington Chelsea, sebelum Abramovich muncul dan berjalan menghampiri pemain satu demi satu. ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Abramovich jual Chelsea, hapus hutang kelab RM8.4 bilion "Saya fikir 'pa yang berlaku?'," kata Kneissl kepada Goal. "Selalu ada lima atau enam limosin, mereka sering menukar laluan mereka kerana mereka bimbang serangan terhadapnya. "Tiada siapa tahu dia berada dalam kereta mana. Dia kemudian masuk ke padang. Kami berbaris seperti kami lakukan pada perlawanan rasmi," katanya. Kneissl berkata dia berasa sangat gementar untuk bertemu dengan pemilik kelab itu, walaupun tidak mengetahui siapa orangnya. Malah, dia masih ingat menjangkakan seseorang yang berbadan 'tegap an sasa' keluar dari konvoi limosin. Terdahulu, Abramovich mengesahkan kelab itu akan dijual dan menghapuskan hutang Chelsea denganya sebanyak £1.5 bilion (RM8.4 bilion). - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI