suria

Pukul kerusi pengadil, Zverev berdepan hukuman berat

Zverev didapati bersalah kerana memukul kerusi pengadil di Acapulco.

PEMAIN nombor tiga dunia Alexander Zverev berdepan penggantungan lapan minggu daripada terbabit dalam sukan tenis sekiranya dia mengulangi perbuatan yang sama, yang membawa kepada penyingkirannya di Terbuka Mexico.

Pada Februari lalu, juara Olimpik berkenaan didenda £31,000 (RM170,000) dan lebur semua wang hadiahnya kerana memukul kerusi pengadil di Acapulco.

Zverev didapati bersalah kerana tindakan melampaunya itu selepas siasatan dijalankan pihak Persatuan Tenis Profesional (ATP).

Pemain berusia 24 tahun itu akan digantung dan berdepan hukuman lebih berat jika dia didapati melakukan kesalahan sama dalam tempoh 12 bulan.

Ia termasuk pertimbangan kerana tidak mempunyai semangat kesukanan selain bertindak melakukan penderaan fizikal atau secara lisan kepada mana-mana individu dalam kejohanan.

Zverev mempunyai tempoh sehingga 11 Mac ini untuk membuat rayuan mengenai hukuman itu. - BBC

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain