suria

Kecoh gara-gara ‘retweet’ video lucah di Twitter, ketua pasukan ragbi salahkan penggodam

Rassie berkata, individu yang menggodam berniat untuk memalukan dirinya. Foto: Getty.

KETUA pasukan ragbi Afrika Selatan mengalami detik memalukan apabila muncul video lucah menerusi akaun Twitter miliknya.

Menurut Rassie Erasmus, akaun Twitter itu digodam individu tidak bertanggungjawab sehingga ia menjadi kecoh dalam kalangan 89,000 pengikutnya.

"Maaf kawan-kawan tentang tweet yang tidak sesuai itu! Twitter saya telah digodam. Saya kesal dengan apa yang berlaku. Saya sedang cuba untuk menyelesaikannya," tulisnya di Twitter.

Menerusi kejadian pada Sabtu, namanya hangat diperkatakan selepas dia didakwa mengulang ciap (retweet) satu video lucah.

Dakwanya, individu yang menggodam berniat untuk memalukan dirinya.

Malah, dia turut meminta bantuan pengikutnya untuk membuang semula video berkenaan daripada Twitter. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain