suria

Gerard Pique kantoi curang, dihalau keluar rumah... Hubungan 11 tahun bersama Shakira dikhabarkan bakal berakhir

Pique dihalau keluar dari rumah selepas kantoi bermain kayu tiga.

HUBUNGAN antara Gerard Pique dengan penyanyi popular, Shakira dilaporkan berada di ambang perpisahan selepas pemain pertahanan Barcelona itu 'kantoi' bermain kayu tiga.

Terdapat laporan mengatakan bahawa pasangan itu telah tinggal berasingan selama beberapa minggu selepas Pique dihalau keluar dari rumah oleh penyanyi yang berasal dari Colombia itu.

Laporan lanjut mendakwa Pique yang juga pemain antarabangsa Sepanyol sering berfoya-foya ke kelab malam bersama rakan sepasukan, Riqui Puig dan rakan-rakan lain, serta sering pulang ketika awal pagi.

Walaupun tiada mana-mana pihak mengulas dakwaan ini, wartawan El Periodico, Emilio Pérez de Rozas berkata dia yakin pasangan itu akan berpisah.

Shakira dan Pique menjalin hubungan sejak 2011, selepas pertemuan di set video muzik untuk single lagu 'Waka Waka' menjelang Piala Dunia 2010.

Malah, pasangan ini mempunyai dua anak bersama, walaupun mereka tidak terikat secara sah sebagai suami isteri.

Bercakap kepada Gary Neville pada episod The Overlap baru-baru ini, Pique menjelaskan bahawa dia tidak melamar kerana hubungannya dengan Shakira berada dalam keadaan baik. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain