suria

Harga mahal tapi prestasi biasa-biasa... Jack Grealish tenang jadi mangsa hinaan

Grealish dibeli oleh Manchester City pada musim panas 2021 pada harga yang terlalu tinggi. Foto: Getty.

BINTANG Manchester City Jack Grealish tetap tenang biarpun dihujani kritikan ramai pihak berhubung prestasinya di atas padang.

Menurut pengkritik, harga yang dibayar pasukan tersebut untuk mendapatkan Grealish tidak berbaloi dengan apa yang dipamerkannya setiap kali perlawanan.

Dia juga sering dicemuh kerana didakwa berlagak seperti pemain hebat tatkala pasukan itu meraih kejuaraan.

Menurut pemain berusia 26 tahun itu, dia peka dengan kritikan berkenaan namun tidak akan berlari atau bersembunyi untuk berhadapan realiti.

"Saya tahu apa yang orang cakap minggu lepas. Mereka kata tingkah laku saya berlebihan. Tapi kami baru saja memenangi Liga Inggeris. Ini adalah mimpi yang jadi nyata.

"Saya buat apa saja yang saya suka sepanjang hidup. Biarpun saya pemain Inggeris paling mahal, saya hanyalah Jack yang berasal dari Solihull yang dikenali keluarga dan rakan-rakan. Saya tak peduli kata-kata orang," ujarnya.

Untuk rekod, Grealish telah dibeli oleh Manchester City dari Aston Villa pada musim panas 2021 pada harga yang terlalu tinggi.

Grealish telah ditebus dengan harga sebanyak £100 juta (RM551 juta).

Dalam pada itu, ada yang beranggapan Grealish sebenarnya mengalami kesukaran untuk bermain di bawah kelolaan Pep Guardiola. - Detik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain