PERLAWANAN Liga Utama Besbol dimeriahkan dengan aksi seorang penyokong yang membuat tangkapan bola dengan satu tangan sambil memegang anaknya. Lelaki itu berada di tempat duduk penyokong di Citi Field di Queens di New York, Amerika Syarikat (AS), meraikan kemenangan 10-0 New York Mets ke atas Washington Nationals. Bapa berkenaan, Alan Alcantara hadir untuk menonton pasukannya beraksi, bersama anak lelaki, Levi yang berusia setahun. Dalam kejadian itu, bola besbol melantun jauh dan Alcantara yang ketika itu sedang bersandar di atas penghadang sempat menangkapnya menggunakan satu tangan, sambil memegang Levi. "Saya tahu saya tidak ada masa untuk meletakkan anak," kata Alcantara kepada The Associated Press. "Jadi saya memutuskan untuk berpegang erat padanya, melompat di atas rel dan melihat sama ada saya boleh menangkap bola. "Dan kami berjaya melakukannya," katanya. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI