PENYANYI Shakira mengumumkan dia dan Gerard Pique akan berpisah susulan laporan yang kini bertebaran luas mendakwa pemain pertahanan Barcelona itu berlaku curang. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi komunikasinya pada Sabtu, penyanyi yang berasal dari Colombia itu berkata: "Kami dengan rasa dukacita mengesahkan bahawa kami akan berpisah. Demi kesejahteraan anak-anak yang merupakan prioriti tertinggi, kami meminta anda menghormati privasi mereka. Terima kasih kerana memahami." ARTIKEL BERKAITAN: Gerard Pique kantoi curang, dihalau keluar rumah... Hubungan 11 tahun bersama Shakira dikhabarkan bakal berakhir Shakira dan Pique menjalin hubungan sejak 2011, selepas pertemuan di set video muzik untuk single lagu 'Waka Waka' menjelang Piala Dunia 2010. Difahamkan bahawa Pique, 35, telah meninggalkan kediaman manakala Shakira, 45, dan dua anak mereka, Milan dan Sasha, masih menetap di rumah berkenaan. Khabar angin di media sosial mendakwa bahawa wanita yang ditiduri Pique adalah ibu kepada rakan sepasukannya di Barcelona, Gavi, walaupun laporan tersebut telah dinafikan. Menurut media Sepanyol, Marca, Pique mahupun Shakira tidak berminat untuk menuntut wang sebaliknya fokus utama mereka adalah untuk memastikan yang terbaik buat anak-anak. Laporan media lain di Sepanyol juga mendakwa Shakira sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan negara itu. - Dailystar Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI