suria

Tak sempat kahwin, pelumba F1 umum putus cinta selepas 3 tahun bersama

Leclerc umum perpisahan menerusi Instagram.

BINTANG Formula 1 (F1) Charles Leclerc mengumumkan perpisahnnya dengan Charlotte Sine selepas tiga tahun mereka bergelar pasangan kekasih.

Leclerc mengumumkan khabar duka itu kepada 9.5 juta pengikutnya menerusi laman Instagram.

Biarpun sudah tidak bersama, Leclerc berkata dia masih berkawan dengan gadis itu yang juga pelajar bidang Seni Bina.

"Hello semua, Charlotte dan saya telah memutuskan untuk memutuskan hubungan kami dan kami kekal sebagai kawan baik.

"Kami telah berkongsi begitu banyak detik hebat dan dia sentiasa dan akan menjadi orang yang sangat istimewa kepada saya.

"Dia hebat dan berhak mendapat yang terbaik, sila hormati keputusan kami dan privasinya dalam masa seperti ini. Terima kasih," tulis Leclerc.

Pelumba berusia 25 tahun itu sebelum ini kerap berkongsi foto bersama buah hatinya di media sosial.

Untuk rekod, Leclerc memenangi dua perlumbaan pembukaan di Bahrain dan Australia pada tahun 2022. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan