CRISTIANO Ronaldo meninggalkan padang dengan tangisan selepas Portugal tewas kepada Maghribi dalam suku akhir Piala Dunia 2022, awal pagi Ahad. Ia berkemungkinan menjadi perlawanan terakhir di pentas Piala Dunia untuk Ronaldo yang berusia 37 tahun. Malah, ia juga mungkin peluang terakhirnya untuk memenangi hadiah terbesar kejohanan bola sepak itu. Ronaldo digugurkan daripada kesebelasan utama untuk dua perlawanan berturut-turut. Namun, Ronaldo dibawa masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua. Ketika itu, pasukannya sudah ketinggalan di belakang Maghribi, malah peluang Ronaldo untuk membuat jaringan juga berjaya diselamatkan dengan mudah oleh penjaga gol lawan. Akhirnya, Maghribi mara ke peringkat seterusnya selepas membenam Portugal 1-0, sekali gus menjadi pasukan Afrika pertama yang mara ke separuh akhir Piala Dunia. - ESPN. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI