BEKAS ratu cantik Croatia, Ivana Knoll membuat satu janji gila jika pasukan kebangsaan menjadi juara Piala Dunia 2022. Sepanjang kempen Piala Dunia kali ini, Croatia tampil unggul apabila mencatat kemenangan demi kemenangan sehingga menempatkan diri di peringkat separuh akhir. Jepun dan Brazil yang bermain lebih impresif juga menjadi 'mangsa' aksi unggul Croatia dalam edisi kali ini. Melihat pencapaian ini, Croatia berpeluang beraksi di final dan jika dinobatkan sebagai juara, Knoll berjanji akan memberikan 'hadiah gila'. Knoll menjadi salah satu perhatian sepanjang kempen Piala Dunia 2022 kerana sering memakai pakaian seksi dengan motif bendera Croatia berwarna putih dan merah. ARTIKEL BERKAITAN: Jurulatih anggap pemainnya ‘tak normal’, ini 4 keajaiban Croatia sehingga berjaya singkir Brazil Jika negaranya menjulang Piala Dunia 2022, dia berjanji akan membuka pakaiannya. "Jika itu berlaku (Croatia juara), bendera akan jatuh (pakaian akan dilondehkan)," kata Knoll, memetik Sportbible. Kehadiran Knoll di Qatar nyata mencipta kontroversi kerana pakaiannya bertentangan dengan peraturan negara itu yang mana mana lelaki atau wanita diminta menutup aurat. Dia sebelum ini mendakwa tidak mengetahui tentang peraturan itu. "Mula-mula saya fikir jika Piala Dunia diadakan di sana, mereka pasti akan membenarkan segala-galanya supaya supaya semua peminat berasa selesa tanpa ada sebarang sekatan. "Kemudian saya dengar tentang peraturan dan saya terkejut. Dalam peraturan pakaian, anda dilarang menunjukkan bahu, lutut, perut dan leher. "Saya seperti, OMG, saya malah tidak mempunyai pakaian yang menutup semua itu," katanya. Knoll dijangka berada di sana untuk sekurang-kurangnya dalam dua perlawanan lagi dengan Croatia akan menentang Argentina pada separuh akhir pada Selasa, dan sekurang-kurangnya penentuan tempat ketiga dan keempat. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI