suria

Ronaldo sertai Al Nassr, tinggalkan Manchester United dengan penuh kontroversi

Ronaldo kini bergelar pemain kelab Arab Saudi Al Nassr.

CRISTIANO Ronaldo kini sah bergelar pemain kelab Arab Saudi Al Nassr selepas meninggalkan Manchester United dengan penuh kontroversi, umum kelab itu pada Jumaat.

“Saya teruja untuk bermain dalam liga bola sepak baharu di negara berbeza,” kata Ronaldo dalam kenyataan Al Nassr yang mengumumkan perjanjian itu.

"Visi tentang apa yang dilakukan dan dibangunkan oleh Al Nassr di Arab Saudi sama ada dari segi bola sepak lelaki dan wanita sangat memberi inspirasi. Kita boleh lihat daripada prestasi Arab Saudi di Piala Dunia baru-baru ini bahawa ini adalah sebuah negara yang mempunyai cita-cita bola sepak yang besar dan banyak lagi potensi.

"Saya bertuah kerana saya telah meraih segala-galanya yang saya impikan untuk menang dalam bola sepak Eropah dan merasakan sekarang adalah masa yang sesuai untuk berkongsi pengalaman saya di Asia. Saya tidak sabar untuk menyertai rakan sepasukan saya yang baharu dan bersama-sama mereka membantu kelab untuk mencapai kejayaan," ujarnya lagi.

Ronaldo pada bulan lalu meninggalkan Old Trafford dengan penuh kontroversi dan menamatkan kontraknya berikutan temu bual televisyen yang menimbulkan perbalahan.

Sumber memberitahu ESPN bahawa pemain berusia 37 tahun itu berlatih bersendirian di padang latihan Real Madrid Valdebebas awal bulan ini ketika dia bersedia untuk membuat keputusan mengenai masa depannya berikutan tersingkirnya Portugal daripada Piala Dunia. - ESPN.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain