BEKAS bintang petinju Abdul-Kerim Edilov dilaporkan meninggal dunia pada usia 30 tahun. Gaya Edilov yang agresif dan kejam menyebabkan dia mendapat gelaran 'The Chechnyan Lion'. Pemain itu tidak pernah dapat memenangi kejuaraan dalam Octagon, tetapi memegang rekod 17-4-0 yang sangat mengagumkan dalam MMA (Mixed Martial Arts). Edilov lebih dikenali kerana rapat dengan diktator Chechnya, Ramzan Kadyrov, yang dilaporkan mengamanahkan kepercayaan untuk menjaga anak-anaknya. Laporan daripada saluran berita MMA ‘The Bloody Elbow’ menyatakan aktivis Chechnya percaya Edilov telah meninggal dunia. Namun, kematiannya ini dikatakan agak misteri sehingga kini. Bagaimanapun, laporan mendakwa hubungan Edilov dengan Kadyrov berpecah-belah sejak kebelakangan ini. Edilov juga pernah menjadi pengasuh anak-anak Kayrov menunjukkan betapa banyak kepercayaan diktator terhadap petinju itu. Pada Februari 2022, Edilov berdiri di sebelah Kadyrov, di ibu kota Chechnya di Grozny apabila berikrar solidariti dengan Vladimir Putin, susulan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.- Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI