suria

Manchester United giat cari pengganti Ronaldo sebelum Januari 2023

Penamatan kontrak Cristiano Ronaldo mengakibatkan kekurangan penyerang Manchester United.

THE Red Revils berminat untuk menangani kekurangan pilihan pemain serangan mereka selepas menamatkan kontrak Cristiano Ronaldo dengan persetujuan bersama pada November.

Walaupun Marcus Rashford dan Anthony Martial meletakkan United dalam kemenangan dominan 3-0 ke atas Nottingham Forest pada malam Selasa, kekurangan pemain simpanan dalam pasukan itu agak jelas.

Disebabkan jadual Machester United kini agak padat termasuklah yang akan datang pada tahun 2023, ia mengukuhkan lagi keperluan Erik ten Hag untuk menambah pemain baharu dalam musim sejuk.

Erik ten Heg berkata pasukan tersebut sedia menerima pemain penyerang baharu.

“Kami sentiasa meninjau pasaran dan sedang lakukan apa yang termampu. Saya tidak bercakap mengenai kes individu.

“Kami sedang mencari penyerang, ia bagus untuk pasukan kami disebabkan banyak perlawanan bakal tiba pada masa hadapan.

“Kami ingin kekal dalam semua liga yang kami sertai. Jadi, kami perlu meraih banyak kemenangan,” ujar pengurus itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Al-Nassr semakin hampir dapatkan Cristiano Ronaldo, N'Golo Kante turut jadi sasaran

Ten Hag juga berkata dia kagum dengan prestasi pasukannya pada perlawanan pertengahan minggu walaupun baru sahaja mengisytiharkan sedang mencari pemain baharu.

“Kami mahu pemain masuk tetapi empat penyerang itu tidak akan banyak bermain bersama pada bahagian pertama musim ini.

“Jika kami boleh membawa mereka bersama lebih kerap di atas padang, saya akan pastikan mereka terus maju dengan menjaringkan lebih banyak gol dan menjalani rutin bersama," ujarnya. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain