suria

Kekasih Ronaldo buat kejutan hadiah Rolls Royce, harap ubati kekecewaan di Piala Dunia

Ronaldo menerima kereta mewah pemberian kekasihnya.

BINTANG bola sepak Cristiano Ronaldo menerima hadiah sebuah kereta mewah Rolls Royce daripada pasangannya, Georgina Rodriguez sempena sambutan Krismas.

Bekas pemain Manchester United itu terkejut dengan hadiah pada pagi 25 Disember lalu.

Pemberian tersebut diharapkan dapat mengubati kesedihan Ronaldo selepas meninggalkan Old Trafford dan prestasi Portugal yang mengecewakan di Piala Dunia.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram, Rodriguez menghiasi reben merah pada kereta istimewa buat pemenang lima kali Ballon d'Or itu.

Pada mulanya, Rodriguez mengusik hadiah mewah itu dengan membawa lelaki berusia 37 tahun itu ke halaman yang menempatkan kenderaan tersebut.

Bagaimanapun, hadiah itu kemudian dimaklumkan sebenarnya milik Ronaldo, sekali gus membuatkan kapten Portugal itu bersama anak-anaknya begitu teruja.

Terdahulu, pemain berusia 37 tahun itu sering dikaitkan dengan spekulasi perpindahan dalam beberapa pasukan termasuk kelab Arab Saudi, Al Nassr. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain