suria

Selepas berjaya ‘tangkap’ jersey dibaling Burn, warga emas biadab cuba rampas… tergamak bergelut dengan kanak-kanak 11 tahun

Warga emas cuba merampas jersey dipakai pemain bola sepak Newcastle daripada kanak-kanak.

SATU kekecohan berlaku apabila peminat Newcastle ditangkap bergelut dengan budak kecil untuk mendapatkan baju bola sepak.

Video yang dikongsi di Twitter menunjukkan seorang wanita warga emas cuba merampas jersey dipakai pemain bola sepak Newcastle, Dan Burn daripada kanak-kanak, Nathan Junior Surrey, dikenali sebagai NJ.

Peminat berusia 11 tahun itu menghadiri perlawanan Isnin menentang Leicester bersama bapanya sebagai hadiah Krismas.

Sewaktu hari kejadian, bapa NJ berdiri di atas rel sambil menjerit meminta pemain tersebut memberikan baju dipakainya ketika itu.

Kemudian Dan Burn menunjuk ke arahnya dan membaling jersey dengan melemparkannya ke orang ramai.

Kanak-kanak itu berjaya pulang dengan membawa jersey tersebut.

Budak kecil itu tergamam bagaikan tidak percaya apabila berjaya ‘menangkap’ baju tersebut, namun beberapa saat kemudian dia dikerumuni oleh beberapa penonton lain.

Dalam pada itu, seorang wanita kelihatan lebih tua cuba mengambil dengan mula menariknya.

Kemudian, mereka didatangi lelaki yang berada di antara pergelutan mereka dengan menyatakan bahawa dia cuba mendapatkan baju itu semula untuk NJ.

Tukang kebun landskap berusia 39 tahun itu menegaskan bahawa NJ adalah 'peminat fanatik Newcastle', dan bapa saudaranya telah membelikannya tiket permainan hari tersebut sebagai hadiah Krismas.

“Saya tidak mahu sesiapa dipersalahkan. Semua pun terbawa-bawa dan sesiapa sahaja akan cuba merebut baju itu.

“Lelaki di tengah itu sebenarnya cuba membantu kami. Dia juga membenarkan NJ duduk di kerusi hadapannya untuk menonton permainan itu,” jelas si bapa. - METRO.CO

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Lain