suria

Man United ucap selamat hari jadi kepada isteri Lee Chong Wei, siap tulis bahasa Melayu... Netizen teruja ‘admin’ orang Malaysia!

Isteri Lee Chong Wei dapat ucapan istimewa daripada kelab Manchester United.

SAMBUTAN hari ulang tahun kelahiran isteri kepada legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei iaitu Datin Wong Mew Choo pada tahun ini sudah pasti lebih istimewa.

Selain ucapan daripada suami, anak-anak, keluarga serta kenalan, kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United tidak ketinggalan meraikan hari ulang tahun kelahiran Mew Choo yang ke-40 tahun.

Tambah bermakna apabila ucapan itu ditulis dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan rakyat Malaysia.

"Selamat hari jadi Datin Mew Choo! Terima kasih juga kepada Datuk @leechongweiofficial di atas sokongan anda!

"Kita kejar tempat ketiga tu!," tulis pengendali akaun Instagram rasmi @manchesterunited.

Turut dikongsikan bersama ucapan itu ialah sekeping foto Mew Choo bersama Chong Wei dan tiga orang anak mereka yang masing-masing memakai jersi ketiga Manchester United 22/23.

Untuk rekod Mew Choo dilahirkan pada 1 May 1983 di Ipoh, Perak.

Perkongsian itu ternyata menarik perhatian ramai khususnya netizen dari Malaysia yang rata-ratanya kagum dengan penghormatan yang diberikan pengendali akaun Instagram Manchester United kerana menggunakan bahasa Melayu.

"Ni mesti server Malaysia. Glory glory Man United!

"Wow speak Malay. Tak sangka admin orang Melayu.

"Steady admin orang Sungai Buloh!" demikian antara komen-komen lucu daripada netizen.

Hingga kini posting berkenaan meraih lebih 80,000 tanda suka serta 1,600 komen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain