DELORES Aveiro tampil menyangkal dakwaan bahawa hubungan anaknya, Cristiano Ronaldo dan pasangannya, Georgina Rodriguez kini di ambang keretakan. "Ini semua pembohongan. Setiap pasangan bertengkar, tetapi apa yang ditulis adalah pembohongan," katanya ketika ditanya mengenai perkara tersebut. Gosip mengenai Ronaldo, 38, dan Georgina, 29, hangat diperkatakan sejak bulan lalu apabila pemenang lima kali Ballon d'Or itu didakwa 'semakin muak' dengan hubungan cintanya, menurut laporan sensasi dari Sepanyol dan Portugal. Bagaimanapun, baik Georgina mahupun Ronaldo, kedua-duanya turut menyangkal gosip tersebut. "Orang yang cemburu mencipta khabar angin, orang yang bergosip menyebarkannya dan yang bodoh mempercayainya," tulis Georgina di laman sosialnya. Sementara itu, Ronaldo pula memuat naik gambar di Instagramnya menunjukkan dia dan Georgina berciuman ketika sedang menikmati hidangan. Gambar itu disertai dengan kapsyen 'Cheers to love'. - Thesun Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube