suria

Erling Haaland menang anugerah FWA, pemenang terbesar dalam sejarah Liga Perdana

Erling Haaland diundi sebagai penerima FWA 2022-23.

PENYERANG Manchester City, Erling Haaland dipilih sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Persatuan Penulis Bola Sepak.

Haaland telah menghasilkan musim yang hebat dengan jumlah golnya dalam semua pertandingan yang kini meningkat kepada 51.

Dia juga memenangi 82 peratus undian FWA sekali gus menjadikan margin kemenangan terbesar sejak Liga Perdana bermula.

Pemain berusia 22 tahun itu menjadi pemain City pertama memenangi anugerah FWA yang telah disampaikan sejak 1948.

Terdahulu, pemain sayap Arsenal, Bukayo Saka menamatkan saingan sebagai naib juara, dengan rakan sepasukannya di Gunners, Martin Odegaard di tempat ketiga.

Kevin De Bruyne dari Manchester City menduduki tempat keempat, dengan penyerang Manchester United Marcus Rashford di tempat kelima.

Secara keseluruhan, 15 pemain menerima undian. - Daily Mail

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain