LIONEL Messi diejek oleh penyokong Paris Saint-Germain (PSG) semasa perlawanan pertama kelab itu selepas penggantungannya. Bintang antarabangsa Argentina itu digantung oleh PSG awal bulan ini kerana melakukan perjalanan tanpa kebenaran selama dua hari ke Arab Saudi. Bagaimanapun, kelab memendekkan tempoh penggantungan Messi dan pemain berusia 35 tahun itu kembali menjalani latihan minggu ini menjelang perlawanan Ligue 1 menentang AC Ajaccio pada petang Sabtu. Messi dimasukkan dalam kesebelasan utama PSG untuk perlawanan tersebut, tetapi apabila namanya tertera di Stadium Parc des Princes, ia diejek penyokong tuan rumah. Bukan itu sahaja, Messi turut diejek setiap kali dia menyentuh bola pada peringkat awal separuh masa pertama. Messi, yang membuat permohonan maaf kepada PSG berhubung lawatannya ke Arab Saudi, dijangka meninggalkan kelab Perancis itu pada musim panas ini apabila kontraknya tamat. - Metro.co.uk Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube