suria

Pemain bola sepak terkaya di dunia kini buru kelab baharu

Faiq mengumumkan dirinya meninggalkan kelab Chonburi FC. foto instagram fjefrib

PEMAIN bola terkaya di dunia kini mencari kelab baharu selepas meninggalkan kelab di Thailand, Chonburi.

Faiq Bolkiah, yang merupakan anak saudara Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, mempunyai anggaran nilai bersih kekayaan lebih £20 billion (RM111 bilion).

Dia juga menghabiskan lebih sedekad dalam akademi bola sepak Inggeris, dengan pengalaman di Southampton, Chelsea dan Leicester.

Menerusi hantaran di Instagram pada Ahad, Faiq mengumumkan dirinya meninggalkan Chonburi FC.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemain bola sepak terkaya mampu beli Manchester United, harga 2 kali ganda!

"Terima kasih Chonburi untuk dua musim terakhir. Dan terima kasih kepada penyokong di atas sokongan yang mengagumkan sejak hari pertama.

"Semoga yang terbaik untuk anda pada masa hadapan dan saya berharap suatu hari nanti kita akan bertemu lagi," tambahnya.

Dilahirkan di Los Angeles, Amerika Syarikat, Faiq mendapat pendidikan di England dan mula menceburi sukan bola sepak selepas menyertai Southampton ketika berusia 11 tahun.

Faiq menyertai Choburi pada 2021 dan meninggalkan kelab itu selepas menjaringkan dua gol dalam 29 perlawanan pada musim ini. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain