AHLI bina badan wanita, Cintia Goldani dilaporkan meninggal dunia secara tiba-tiba pada usia 36 tahun. Atlet kelahiran Rio Grande do Sul, Brazil itu dikatakan sedang membuat persiapan untuk pertandingan bina badan kategori wanita pada bulan hadapan di negeri kelahirannya. Cintia disahkan meninggal dunia akibat radang paru-paru. Salah seorang rakan Cintia, Gustavo Cesar turut berkongsi khabar duka itu kepada pengikutnya di laman Instagram. "Ini adalah foto awak yang terakhir dalam telefon saya, dan inilah cara saya ingin mengingati awak selama-lamanya," tulis Gustavo. Untuk rekod, Cintia pernah menduduki tempat kesepuluh dalam kategori wanita bagi pertandingan bina badan Brazil pada tahun lepas. - Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube