suria

Lepak mamak sambil berhibur menjelang final Euro 2024! Roti canai, teh tarik free... Banyak hadiah best

Banyak aktiviti dan hadiah menarik ditawarkan kepada pengunjung.

KEHANGATAN pentas final Euro 2024 antara England dan Sepanyol semakin dirasai!

Perebutan takhta juara oleh dua pasukan gergasi Eropah ini pasti amat dinanti-nantikan peminat bola sepak tanah air dan dari seluruh pelosok dunia.

Bagi meraikan semangat kesukanan anda yang membara, mStar bekerjasama dengan Afina Ai Rich Sdn Bhd mengajak peminat bola sepak hadir ke program mStar Belanje menjelang perlawanan final Euro 2024 pada Ahad malam (14 Julai).

Ayuh sarung jersi kegemaran anda dan datang ke NZ Curry House Wangsa Maju, Kuala Lumpur, bermula pukul 10 malam.

Jangan bimbang, hidangan popular restoran mamak seperti roti canai dan teh tarik turut disediakan khas buat anda yang datang awal.

Sambil melepak menunggu perlawanan yang akan ditayangkan di skrin gergasi, banyak aktiviti menarik telah diatur seperti kuiz fakta berkaitan Euro 2024 dan cabaran timang bola.

Paling penting, hadiah yang ditawarkan bukan calang-calang seperti tiket penerbangan AirAsia, minum petang di Concorde Hotel KL, produk kecantikan Puteh Jeliyta, koleksi barangan Adidas, langganan percuma Viu dan banyak lagi.

Bagi memeriahkan acara, selebriti tanah air seperti legenda bola sepak negara iaitu Azman Adnan, As (Feminin) akan turut serta melepak bersama anda, malah akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh Ara Johari dan ramai lagi artis.

Klik di sini untuk mendaftar dan menang hadiah misteri.

Jumpa anda di sana!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain