suria

Kim Pan-gon sah letak jawatan, tinggalkan skuad Harimau Malaya

Kim Pan-gon mengumumkan peletakan jawatannya pada Isnin. -Foto Korea Football News

PENGURUS pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon sah meletakkan jawatan selaku pengendali Harimau Malaya.

Perkara itu diumumkan dalam sidang media khas pada petang Selasa di Wisma FAM, Kelana Jaya, Selangor.

"Kepada penyokong bola sepak malaysia, hari ini saya ada mesej sedih untuk diberitahu.

"Hari ini saya memutuskan untuk meletakkan jawatan. Ia atas alasan komitmen peribadi. Saya minta maaf," katanya.

Sebelum ini, media Korea Selatan, Korea Football News menerusi akaun X mendakwa, ketua jurulatih Kim Pan-gon bakal meninggalkan Harimau Malaya.

Bagaimanapun, terdapat desas-desus mengatakan ia mempunyai kaitan dengan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya.

Untuk rekod, Pan-gon, telah membimbing pasukan Harimau Malaya sejak 2022 dan membantu mencipta pelbagai kejayaan bersama skuad negara.

Selain itu, beliau terlibat membantu skuad kebangsaan beraksi di pentas Piala Asia 2023 dan Kelayakan Piala Dunia 2026.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain