suria

Kesilapan bendera Olimpik dipasang terbalik dianggap tak patut berlaku

Bendera Paris dipasang terbalik dalam upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024. -Foto EPA (kanan)

DI sebalik kemeriahan acara pembukaan Olimpik Paris 2024, siapa sangka berlakunya satu kesilapan yang dianggap tidak sepatutnya terjadi.

Menerusi ciapan dikongsikan Info France 2 di X, terdapat warga maya menyedari adanya kesilapan pada bendera Olimpik 2024 yang mana ia dikibarkan dalam keadaan terbalik.

"Bendera tu terbalik," komen netizen.

Seperti yang sedia kita maklum, terdapat tiga bulatan di bahagian atas dan dua lagi di bahagian bawah pada logo Olimpik.

Komen netizen selepas menyedari keadaan bendera ditulis di X.

Bagaimanapun, bendera yang dipasang pada acara pembukaan menunjukkan dua bulatan kuning dan hijau berada pada kedudukan terbalik (di atas).

Perkara itu disedari para penonton yang mana ia jelas dipasang terbalik, bukan disebabkan faktor angin.

Pastinya, kesilapan ini merupakan perkara memalukan bagi penganjur majlis sukan berprestij dan disaksikan seluruh dunia.

Upacara pembukaan sukan Olimpik tahun ini buat pertama kali diadakan di luar stadium dengan kira-kira 7,000 atlet dibawa menyusuri Sungai Seine, Paris dengan bot. -AGENSI

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain