PENYANYI rap Amerika Syarikat (AS), Snoop Dogg membuat pusingan di peringkat akhir Relay Obor Olimpik di Saint-Denis sebelum upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024. Rapper berusia 52 tahun itu menarik perhatian ramai apabila dia memegang obor di tangan kanan dan kasut emas di kakinya sambil berlari perlahan menaiki tangga stadium. Snoop Dogg kelahiran Los Angeles itu adalah antara pembawa obor terakhir yang digunakan untuk menyalakan kawah bagi menandakan temasya sukan dibuka secara rasmi. Perarakan tersebut turut menerima sambutan hangat dan sorakan daripada peminat di sepanjang jalan. ARTIKEL BERKAITAN: Bendera Malaysia berkibar megah di ‘kota cinta’ ketika pembukaan Olimpik Paris 2024, ramai tak puas tengok atlet negara Datuk Bandar Saint-Denis, Mathieu Hanotin sebelum ini mendedahkan akan ada konsert selepas peringkat kedua terakhir relay sebagai sambutan permulaan rasmi Paris 2024. Rapper terkenal ini juga berperanan sebagai koresponden khas untuk penyiar AS, NBC sepanjang acara global ini. Pembawa obor lain di Saint-Denis Friday termasuk pelakon Perancis, Laetitia Casta, penyanyi rap Perancis, MC Solaar dan bekas jaguh lompat bergalah Ukraine, Sergey Bubka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube