suria

Sejarah tercipta! Acara luncur air diadakan jauh dari Paris, atlet tempuh perjalanan 16,000km untuk ke venue

Venue acara luncur air terletak sejauh 15,715 kilometer dari Paris. -Foto MANEA FABISCH/Paris 2024

TEMASYA Olimpik Paris 2024 mencatat sejarah apabila salah satu venue pertandingannya terletak sejauh 15,715 kilometer dari bandar tuan rumah.

Menerusi edisi penganjuran kali ini, 48 atlet akan berentap di luar pantai Teahupo'o, sebuah perkampungan kecil di pulau Tahiti, Polinesia Perancis bagi acara luncur air.

Menurut seorang pegawai yang bertugas sempena Olimpik Paris, penganjuran acara luncur air di Pulau Tahiti sejajar dengan hasrat untuk ‘menyebarkan sukan itu ke seluruh Perancis’.

Tahiti, terletak di tengah-tengah Lautan Pasifik, memenangi hak penganjuran meluncur pada tahun 2020, walaupun sukan itu dipertandingkan buat pertama kali dalam Sukan Musim Panas di Sukan Olimpik Tokyo 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Senarai atlet bintang Olimpik Paris 2024, harapan tinggi pada Azizulhasni dan Lee Zii Jia

Selain itu, acara pelayaran dan perlawanan bola sepak juga akan diadakan di Marseilles dan Bordeaux yang terletak agak jauh dari Paris.

Kali terakhir Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa memilih venue di luar negara tuan rumah ialah ketika Melbourne menganjurkan Sukan Olimpik 1956.

Pada waktu itu, pertandingan berkuda dijalankan di Stockholm, Sweden, jauh dari wilayah Trans-Tasmania. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain