PASANGAN beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menempah tiket ke suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menewaskan Vinson Chiu-Jennie Gai dari Amerika Syarikat dengan 21-15, 24-22, pada perlawanan kedua Kumpulan D. Tang Jie-Ee Wei berhempas-pulas menyelamatkan dua mata permainan daripada ketinggalan 18-20 ketika menentang Amerika pada perlawanan kedua, sebelum bangkit dengan kemenangan kedua mereka dalam kumpulan itu di Arena Adidas di Port de la Chapelle pada Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Aaron-Wooi Yik menang lagi, sahkan tempat ke suku akhir ARTIKEL BERKAITAN: Pearly-Thinaah bangkit tewaskan bekas juara dunia, hidupkan harapan ke suku akhir Pemain nombor ke-9 dunia itu kini diberi jaminan untuk mendapat tempat dalam kelompok lapan terakhir selepas turut menewaskan pemain Singapura, Terry Hee-Jessica Tan dalam perlawanan pembukaan sehari sebelumnya. Tang Jie-Ee Wei seterusnya akan menentang pemain nombor dua dunia dari China, Feng Yanzhe-Huang Dongping pada Isnin untuk menentukan pemenang kumpulan. - The Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube