suria

Ganjaran lumayan menanti pemenang pingat emas Olimpik Paris 2024... Ini 10 negara beri bayaran tertinggi, Malaysia turut tersenarai!

Pingat emas menjadi rebutan atlet di Sukan Olimpik Paris 2024. Foto Reuters

SUKAN Olimpik Paris 2024 pastinya menjadi temasya sukan yang paling ditunggu-tunggu oleh masyarakat dari seluruh dunia.

Turut menjadi tumpuan adalah atlet yang merebut tempat di podium, siapakah yang mengungguli pingat emas, perak dan gangsa dalam setiap acara, perlawanan serta permainan yang dipertandingkan.

Lebih menarik perhatian sudah tentunya ganjaran yang menanti buat para atlet yang merangkul pingat emas pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Menurut laporan FrontOfficeSports, atlet dari Amerika Syarikat akan memperoleh kira-kira AS$38,000 (RM176,836) bagi kemenangan pingat emas.

Bagaimanapun, di beberapa negara lain, mereka akan dibayar lebih daripada itu.

Berikut merupakan 10 negara menduduki tempat teratas dari segi ganjaran tunai kepada pemenang pingat emas.

1. Hong Kong - AS$768,000 (RM3.58 juta)

2. Israel - AS$275,000 (RM1.28 juta)

3. Serbia - AS$218,000 (RM1.014 juta)

4. Malaysia - AS$214,000 (RM997,000)

5. Itali - AS$196,000 (RM912,000)

6. Lithuania - AS$182,000 (RM847,000)

7. Moldova - AS$171,000 (RM796,000)

8. Latvia - AS$155,000 (RM722,000)

9. Hungary - AS$154,000 (RM717,000)

10. Bulgaria - AS$139,000 (RM647,000)

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain