suria

Atlet bola tampar kena ‘boo’ di Olimpik Paris... Rupanya bekas banduan kes rogol budak bawah umur

Van der Velde dipenjara pada tahun 2016 kerana merogol seorang kanak-kanak. -Foto Getty

ATLET bola tampar, Steven van der Velde menerima ejekan penonton selepas dia dibenarkan bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024 meskipun mempunyai rekod jenayah rogol kanak-kanak bawah umur.

Atlet berusia 29 tahun yang mewakili Belanda dan pasukannya membuka kempen mereka dengan menghadapi Itali dalam Kumpulan B.

Namun, penonton jelas tidak berpuas hati dengan keputusan untuk membenarkan van der Velde beraksi dalam temasya Olimpik.

Ketika kemunculan pertamanya di Paris, dia diejek penonton yang membuat bunyi 'boo' dari tempat duduk masing-masing pada permulaan perlawanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ganjaran lumayan menanti pemenang pingat emas Olimpik Paris 2024... Ini 10 negara beri bayaran tertinggi, Malaysia turut tersenarai!

Untuk rekod, Van der Velde dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun pada 2016 setelah mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dari Britain.

Dia hanya menjalani 12 bulan daripada hukuman tersebut sebelum dibenarkan menyambung kerjaya bola tamparnya.

Bulan lalu, dia dipilih untuk mewakili pasukan Belanda di Olimpik 2024. - Express.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain