suria

Tang Jie-Ee Wei sekat beregu nombor 2 dunia, tempah tiket suku akhir Olimpik Paris

Chen Tang Jie (kanan) dan Toh Ee Wei muncul sebagai juara Kumpulan D dalam Sukan Olimpik Paris 2024. -Foto OCM

BEREGU campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengejutkan penonton Arena Adidas di Port de la Chapelle, Paris apabila berjaya menewaskan pemain nombor dua dunia dari China, Feng Yanzhe-Huang Dongping 17-21, 21-15, 21-16 dalam perlawanan terakhir Kumpulan D.

Gelaran juara Kumpulan D itu melayakkan mereka untuk mara ke suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024.

Pertarungan pada Isnin berlangsung cemerlang dan merupakan kemenangan kedua beregu nombor sembilan dunia itu ke atas Yanzhe-Dongping dalam empat pertemuan dan kejayaan pertama tahun ini.

Sebagai pemenang kumpulan, Tang Jie-Ee Wei akan mengelak pasangan lain yang menduduki tempat teratas kumpulan mereka dalam undian lapan terakhir.

Cabutan baru akan berlangsung dan mereka akan menentang salah seorang naib juara daripada kumpulan lain.

Untuk rekod, Dongping pernah merangkul pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2021 bersama pasangan terdahulu Wang Yilyu, menjadi pilihan utama untuk memenangi perlawanan dengan Yanzhe.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain