PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menepati ramalan ramai apabila menjuarai Kumpulan G, selepas menewaskan pemain Sepanyol, Pablo Abian, pada Rabu malam. Aksi cemerlang itu Zii Jia sekali gus menyaksikan pemain berusia 26 itu melangkah ke peringkat 16 terbaik Sukan Olimpik Paris 2024. Zii Jia memperoleh kemenangan mudah dengan keputusan 21-10, 21-13 dalam masa 34 mini, dalam perlawanan terakhir kumpulan yang berlangsung di Porte de La Chapelle Arena. ARTIKEL BERKAITAN: Mara ke suku akhir! Pearly-Thinaah tewaskan regu Indonesia Terdahulu, Zii Jia menewaskan pemain Sri Lanka, Viren Nettasinghe 21-14, 21-12 dalam tempoh 35 minit, menerusi aksi pertama kumpulan. Zii Jia seterusnya dijadualkan menentang sama ada pemain nombor sembilan dunia dari Indonesia, Anthony Ginting atau wakil Perancis, Toma Popov bagi menempah slot ke suku akhir. Mengikut format pertandingan, hanya juara kumpulan dalam acara perseorangan mara ke pusingan 16 terakhir. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube