suria

Ramai tak keruan tengok wajah kacak atlet lawan pedang Korea Selatan, ‘follower’ naik mendadak selepas menang emas

Oh Sang Uk kini menjadi perhatian ramai. Foto IG ohsu.o_o

PEMENANG pingat emas Olimpik Paris dari Korea Selatan, Oh Sang Uk menjadi tular kerana rupa paras sehingga mengumpul peminat baharu dalam kalangan netizen.

Gambar-gambar atlet kacak itu dilaporkan tersebar di platform forum secara dalam talian.

Oh Sang Uk (tengah) meraih emas dalam acara individu di Sukan Olimpik Paris 2024. Foto IG ohsu.o_o

Bukan sekadar wajahnya, malah ketinggiannya juga menjadi perhatian iaitu 192 sentimeter (cm).

Dalam acara lawan pedang, Oh Sang Uk mencipta sejarah apabila menjadi lelaki warga Korea Selatan pertama memenangi emas Olimpik menerusi acara individu selepas menewaskan atlet Tunisia, Fares Ferjani.

ARTIKEL BERKAITAN: Ganjaran lumayan menanti pemenang pingat emas Olimpik Paris 2024... Ini 10 negara beri bayaran tertinggi, Malaysia turut tersenarai!

ARTIKEL BERKAITAN: Senarai atlet bintang Olimpik Paris 2024, harapan tinggi pada Azizulhasni dan Lee Zii Jia

Dengan penampilan menarik dan mempamerkan aksi cemerlang di Olimpik, maka tidak hairanlah jumlah pengikutnya di laman sosial naik begitu mendadak dalam tempoh singkat.

Oh Sang Uk terus mengharumkan nama Korea Selatan menerusi kemenangan dalam acara berpasukan. Foto IG ohsu.o_o

Dikatakan bilangan pengikut Instagram Oh Sang Uk meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh tiga hari!

Antara 28 Julai dan 30 Julai, dia memperoleh hampir 80,000 pengikut dan kini mencapai lebih 210,000 berbanding 110,000 secara purata pada bulan sebelum Sukan Olimpik Paris berlangsung.

Terkini, Oh Sang Uk sekali lagi merangkul pingat emas kedua dalam acara berpasukan pedang lelaki, menewaskan Hungary dan memenangi kejuaraan ketiga berturut-turut buat negara itu di Sukan Olimpik Paris pada Rabu.

Pengikut Oh Sang-uk di laman sosial kini meningkat. Foto IG ohsu.o_o

Selepas dinobatkan kemenangan pada Sabtu dalam acara individu, Oh Sang-uk terus mempamerkan aksi cemerlang dalam kemenangan 45-41 menentang juara dunia 2023 itu.

Perlawanan terakhir pada mulanya sengit, sehingga Do Gyeong-dong dari Korea Selatan memberi kelebihan kepada pasukannya dengan mencatatkan 5-0 menentang Krisztian Rabb. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain