suria

Lakar sejarah! Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir Olimpik Paris

Pearly Tan dan M. Thinaah mara ke separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024. Foto AP

GANDINGAN beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah terus mempamerkan aksi cemerlang di Sukan Olimpik Paris 2024 dengan mara ke separuh akhir.

Ia sekali gus menyaksikan pasangan itu melakar sejarah apabila menjadi beregu wanita pertama negara yang beraksi di peringkat separuh akhir Olimpik.

ARTIKEL BERKAITAN: Mara ke suku akhir! Pearly-Thinaah tewaskan regu Indonesia

ARTIKEL BERKAITAN: Pearly-Thinaah bangkit tewaskan bekas juara dunia, hidupkan harapan ke suku akhir

Beregu ranking ke-13 dunia itu menewaskan pasangan dari Korea Selatan, Kim So Yeong - Kong Hee Yong dengan kemenangan 21-12, 21-13 dalam tempoh 39 minit, dalam perlawanan suku akhir di Arena Porte De La Chapelle, pada Khamis.

Terdahulu, Pearly Tan-M. Thinaah pada Selasa berjaya membenam pasangan dari Indonesia sehingga melayakkan mereka ke suku akhir.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain