suria

Atlet triatlon muntah 10 kali selepas berenang di Sungai Seine

Mislawchuk dilihat muntah ketika acara bersiaran langsung.

ATLET Olimpik dari Kanada dilihat mengalami muntah teruk ketika siaran langsung TV, beberapa saat selepas melepasi garisan penamat dalam acara triatlon di Sungai Seine, Paris pada Rabu.

Selain berenang sejauh 1.5 kilometer (km) di Sungai Seine, atlet juga perlu melengkapkan saingan dengan menunggang basikal sejauh 40km dan larian 10 km.

"Saya tidak datang ke sini untuk menduduki 10 teratas, tetapi saya memberikan segala yang saya ada.

"Saya pergi untuk itu, saya tidak menyesal... muntah 10 kali," kata Tyler Mislawchu kepada pemberita.

Mislawchuk menamatkan perlumbaan dalam masa satu jam 39 minit dan 41 saat, menduduki tempat kesembilan.

Ia sekali gus menyaksikan peningkatan dari segi pencapaiannya berbanding tempat ke-15 di Sukan Musim Panas Tokyo pada 2021.

Beberapa atlet lain turut dilihat terbaring di garisan penamat selepas menamatkan perlumbaan tersebut.

Acara lelaki telah ditolak ke sebelah petang dengan wanita bertanding pada sebelah pagi.

Ketika acara atlet lelaki tiba di garisan penamat, suhu meningkat kepada kira-kira 30 darjah Celcius di ibu negara Perancis itu dengan kualiti udara yang tidak baik bagi acara itu.

Acara renang acara itu juga dilanda kontroversi kerana pencemaran di Seine. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain