suria

Bonnie Bunyau badang Sarawak hadiahkan emas kedua buat Malaysia... Pecah rekod dunia acara powerlifting

Bonnie hadiahkan pingat emas kedua buat Malaysia.

ATLET powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan pingat emas kedua buat kontinjen Malaysia di Sukan Paralimpik Paris 2024.

Bonnie, 25, meraih pingat emas bagi kategori 72 kilogram (kg) lelaki di Porte de La Chapelle Arena pada Jumaat selepas berjaya melakukan angkatan seberat 232kg.

Pencapaian itu sekali gus memadam rekod dunia 231kg yang dipegang oleh Bonnie sendiri sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Paralimpik Paris: Liek Hou paku emas pertama badminton untuk Malaysia

Untuk rekod, Bonnie yang turut dikenali sebagai badang kerdil Sarawak turut meraih pingat emas dalam penampilan sulungnya di Sukan Paralimpik Tokyo pada tahun 2020.

Pada Isnin, pemain badminton, Cheah Liek Hou merangkul emas pertama negara dalam perseorangan lelaki SU5 (cacat badan atas).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain