suria

Paralimpik Paris: Gagal pertahan emas, Latif Romly raih perak

Abdul Latif meraih perak pada Paralimpik Paris 2024. Foto Bernama

USAHA Datuk Abdul Latif Romly untuk mempertahankan pingat emas Paralimpik ketiga berturut-turut dalam kategori acara lompat jauh lelaki T20 (kecacatan intelektual) di Sukan Paralimpik Paris 2024 gagal.

Bagaimanapun, jaguh olahraga para negara berusia 27 tahun itu merangkul pingat perak dengan lompatan sejauh 7.45 meter (m), pada awal pagi Ahad.

Ini merupakan musim terbaik anak kelahiran Perlis itu, tetapi ia tidak mencukupi untuk memenangi emas.

Matvei Iakushev dari Rusia bertanding di bawah sepanduk Atlet Paralimpik Neutral (NPA) meraih emas dengan lompatan 7.51m, manakala Jhon Obando Asprilla dari Colombia memperoleh gangsa dengan lompatan 7.38m.

Sebelum ini, Abdul Latif memenangi pingat emas pada Sukan Paralimpik Rio 2016 dan Tokyo 2020.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain