suria

Wira paralimpik Malaysia dapat tajaan umrah... Atlet bukan Islam pula melancong ke Korea

Ikhlas.com berbesar hati menaja atlet negara mengerjakan umrah dan bercuti ke luar negara.

PENCAPAIAN altet Malaysia di Sukan Paralimpik Paris 2024 ternyata membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

Kepulangan kontinjen paralimpik negara turut dimeriahkan dengan kejutan istimewa iaitu tajaan pakej umrah dan kembara ke Korea Selatan bernilai hampir RM100,000.

Tajaan itu dibuat platform kembara dan gaya hidup Muslim, Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com).

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran ikhlas.com, Fara Hasan, pihaknya berbesar hati untuk memberi kejutan istimewa itu, sekali gus menghargai jasa kontinjen negara mengharumkan nama Malaysia.

"Kami berbesar hati dapat meraikan kejayaan mereka yang banyak berkorban masa dan tenaga demi mengharumkan nama negara di persada dunia.

"Sebagai platform sehenti gaya hidup dan kembara mesra Muslim, ikhlas.com menaja atlet-atlet paralimpik yang membawa pulang pingat dan jurulatih mereka yang memainkan peranan penting dalam kejayaan ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bonnie Bunyau badang Sarawak hadiahkan emas kedua buat Malaysia... Pecah rekod dunia acara powerlifting

“Kami dengan ini mengumumkan tajaan pakej ikhlas.com Umrah untuk atlet dan jurulatih paralimpik yang beragama Islam sementara yang bukan Islam pula akan menerima tajaan pakej kembara ke Korea Selatan bersama ikhlas.com Travel," ujarnya.

Pada 13 Ogos lalu misanya, ikhlas.com turut menunaikan hasrat atlet berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom untuk membawa ibu bapanya menunaikan umrah walaupun gagal meraih kemenangan menerusi acara keirin lelaki di Sukan Olimpik 2024.

Untuk rekod, ikhlas.com dilancarkan sewaktu pandemik pada Oktober 2020.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Sebelum

Artikel Lain