suria

Pearly-Thinaah juara Terbuka Hong Kong 2024

Pearly-Thinaah meraih kejuaraan Terbuka Hong Kong pada Ahad.

PEMAIN beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaa meraih kejuaraan di Terbuka Hong Kong apabila mereka menewaskan pemain China Liu Shengshu-Tan Ning dalam perlawanan akhir pada Ahad.

Pearly-Thinaah hanya mengambil masa 38 minit untuk bangkit dengan kemenangan hebat 21-14, 21-14 dalam perlawanan yang berlangsung di Hong Kong Coliseum di Kowloon.

Ia merupakan kemenangan pertama duo itu sejak mereka menjuarai Terbuka Perancis pada tahun 2022 di Paris.

ARTIKEL BERKAITAN: Pearly Tan-M Thinaah terlepas gangsa... Rakyat Malaysia tetap bangga!

Ogos lagu, gandingan utama negara itu terlepas peluang untuk meraih pingat gangsa dalam kempen Sukan Olimpik Paris 2024.

Dalam perlawanan itu, Pearly-Thinaah tewas kepada wakil Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida dalam aksi penentuan pingat gangsa di Arena Porte de la Chapelle, Paris.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain