suria

Kejayaan Pearly-Thinaah hadiah terbaik Hari Malaysia - Wee Ka Siong

Pearly-Thinaah merupakan beregu wanita badminton negara.

KEJAYAAN pemain beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaa meraih kejuaraan di Terbuka Hong Kong merupakan hadiah terbaik sempena Hari Malaysia.

Perkara itu disuarakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menerusi catatan di laman Facebook rasminya pada Ahad.

"Syabas dan tahniah kepada pasukan beregu wanita badminton negara, Pearly Tan-M Thinaah kerana telah berjaya memenangi juara Hong Kong Terbuka 2024.

"Ini adalah juara pertama bagi pasukan beregu wanita negara kita selepas mereka menjuarai Perancis Terbuka 2022 dan sekali gus menjadikan kemenangan manis ini sebagai hadiah terbaik Hari Malaysia kepada rakyat Malaysia," coretnya.

Terdahulu, pada pertarungan akhir itu, Pearly-Thinaah menewaskan pemain China Liu Shengshu-Tan Ning.

Pasangan duo ini hanya mengambil masa 38 minit untuk bangkit dengan kemenangan hebat 21-14, 21-14 dalam perlawanan yang berlangsung di Hong Kong Coliseum di Kowloon.

Ia merupakan kemenangan pertama duo itu sejak mereka menjuarai Terbuka Perancis pada tahun 2022 di Paris.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Berikut

Artikel Lain