suria

Popular tapi tak tenang... gamer wanita dedah sering terima ugutan rogol, gangguan lucah

Saksia berdepan ugutan rogol selepas bergelar 'gamer' popular.

MEMILIKI lebih 120,000 subscribers di YouTube tidak membawa apa-apa makna sekiranya terpaksa hidup dalam keadaan sengsara.

Begitulah yang dilalui gamer terkenal, Saskia Cole dari Peterborough yang berdepan gangguan dalam talian sejak namanya popular dalam kalangan gamers di seluruh dunia.

Menurut content creator berusia 29 tahun itu, dia turut menerima ugutan rogol dan dihujani dengan gangguan berunsur lucah menerusi platform dalam talian.

"Saya pernah menerima ugutan rogol, ada juga individu yang memberitahu saya bahawa mereka akan mencari alamat dan merogol saya, ibu dan ahli keluarga saya.

"Ini tidak wajar, sejujurnya kejadian ini berlaku agak kerap," ujarnya yang turut memiliki lebih 40,000 pengikut di platform Twitch.

g2

Saskia mempunyai lebih 120,000 subscribers di YouTube.

Selepas menerima ugutan secara dalam talian, Saskia berkata dia semakin takut apabila terdapat individu yang sanggup datang ke kediamannya.

"Ibaratnya, setiap hari pasti ada orang yang berkata buruk terhadap saya. Saya terima komen berunsurkan seksual dan ugutan.

"Lebih teruk, ada pengikut yang datang ke rumah saya dan dia tidak berpuas hati kerana saya enggan keluar dengannya. Saya paranoid dan cemas," ujarnya lagi.

Untuk rekod, satu kajian oleh Bryter mendedahkan bahawa 71 peratus wanita berkata mereka pernah mengalami diskriminasi dan penderaan semasa bermain permainan dalam talian.

Malah, 36 peratus wanita turut mengakui bahawa kejadian tersebut berlaku secara kerap. - ITV.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain