LIGA Perdana Inggeris (EPL) antara salah satu liga terbaik dunia yang menjadi tumpuan seluruh peminat bola sepak dunia. Selain gah dengan trofi kejayaan, faktor pemain juga antara salah satu EPL menjadi sebutan. Antaranya kehebatan pemain-pemain yang beragama Islam beraksi dalam liga yang penuh hangat ini. Kenali 5 pemain muslim terkenal yang beraksi dalam EPL musim 2019 1. Mohamed Salah, Liverpool (Mesir) Salah bersama isterinya, Magi. Berusia 26 tahun antara tarikan utama dalam skuad Jurgen Klopp. Mengumpul 22 gol dalam aksi liga musim ini sekaligus membolehkan Salah menerima Anugerah Kasut Emas 2019. Ia merupakan anugerah kedua selepas 2017. Dia juga dikenali sebagai pemain yang taat kepada agama Islam dan sentiasa membawa al-Quran bersamanya. Dia juga dirakam sedang membaca al-Quran ketika berada dalam sebuah penerbangan. 2. Sadio Mane , Liverpool (Senegal) Mane bersujud setiap kali menjaringkan gol. Mane antara penyerang berbisa The Reds. Gandingannya bersama Salah sentiasa digeruni lawan. Pemain berusia 27 tahun ini antara pemain beragama Islam yang selalu menjadi sebutan di Liverpool setiap hari Jumaat. Salah dan Mane selalu melayan penyokong-penyokong mereka tanpa ada halangan selepas solat Jumaat. 3. Paul Pogba, Manchester United (Perancis) Pogba tidak pernah lupa berdoa sebelum masuk padang. Pemain yang mencipta rekod perpindahan termahal dari Juventus ke United pada Ogos 2016. Pemain bintang berusia 26 tahun ini dianggap pemain yang mempunyai 'style' tersendiri lebih-lebih dengan gaya potongan rambut yang sentiasa berubah. Biarpun pelbagai kontroversi, kritikan drama ketika di padang, Pogba tidak pernah terlepas untuk melaksanakan ibadah umrah setiap tahun. Malah bulan ini juga kelihatan Pogba berada di Tanah Suci Makkah. 4. N'Golo Kante, Chelsea (Perancis) Kante merupakan rakan sepasukan Pogba dalam skuad Perancis. Pemain tengah Chelsea ini berusia 28 tahun.Dia sentiasa dilihat bersujud setiap kali berjaya menjaringkan gol, malah sebelum permainan Kante menadah tangah berdoa. Dia berbuat demikian bukan sahaja berada di Stamford Bridge, tetapi bersama skuad kebangsaan Perancis ketika digandingkan dengan Pogba. 5. Mesut Ozil, Arsenal (Jerman) Ozil mempunyai darah keturunan Turki. Bermain di posisi tengah merupakan bekas pemain kebangsaan Jerman. Dianggap antara pemain terbaik dunia. Merupakan pemain penting skuad Arsenal berusia 30 tahun. Sebelum aksi Euro 2016, Ozil terbang ke Mekah menunaikan umrah. Pemain yang mempunyai darah Turki itu dikenali sebagai seorang Muslim yang taat. Dia sering dilihat berdoa dengan menadah kedua tangannya sebelum memulakan sesuatu perlawanan.