suria

Shakir fokus julang Piala FA, sedia terus beri khidmat untuk pasukan Kedah

Shakir akui gembira bersama pasukan Kedah.

“SAYA sangat teruja kerana mampu merasai suasana perlawanan akhir Piala FA bersama pasukan Kedah setelah hanya bersama mereka sejak awal ini," luah Shakir Hamzah.

Menurutnya, dia kini berasa gembira dan berbaloi kerana mengambil keputusan untuk bersama pasukan Kedah setelah menerima tawaran dari Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menerusi ketua jurulatih pasukan itu Aidil Sharin pada akhir tahun lalu.

“Tidak ada penyesalan ataupun kekecewaan beraksi bersama Kedah kerana pasukan ini di barisi oleh pemain-pemain muda yang berpengalaman membuat saya terasa seperti sudah lama beraksi bersama mereka. 

Shakir tiba di Kedah akhir tahun lalu. Foto: KFA

“Kini beraksi pada perlawanan akhir Piala FA adalah satu pengalaman baru kerana pasukan Kedah adalah pasukan pertama saya beraksi pada Pertandingan Liga Malaysia dan saya memang berada dalam skuad Singapura ketika mereka berjaya menjuarai Piala FA tetapi saya tidak dapat peluang beraksi pada perlawanan itu,” kata Shakir kepada mStar.

Shakir beraksi bersama pasukan Home Unitedmu 2018 dan sebelum itu dia bersama pasukan Tampines Rovers dan beraksi bersama pasukan kebangsaan Singapura sebanyak 73 kali menjaringkan empat gol.

Pemain yang di lahirkan pada 20 Oktober 1992 dan berusia 26 tahun sejak awal musim ini beraksi sebagai pertahanan tengah dan berjaya menjaringkan empat gol dalam 21 kali aksi Liga Super.

Shakir turut memenangi Pemain Terbaik Bulanan April lalu. 

“Perlawanan akhir Piala FA adalah sama sekali berlainan walaupun kami berjaya mengatasi Perak 4-2 pada perlawanan liga kerana lawan kita sudah membuktikan kemampuan mereka pada pertandingan ini dengan menyingkirkan Pahang dalam aksi separuh akhir.

“Kesemua rakan sepasukan saya perlu mengetahui fakta ini dan perlu memberi prestasi terbaik kalau mahu menjuarai piala ini musim.

"Jika leka kita pasti akan menerima akibatnya dan setelah bersama rakan sepasukan yang baharu ini saya yakin mereka tidak akan mengecewakan ribuan peminat setia mereka.

“Pertandingan dan juga suasana perlawanan akhir berlainan pasti akan membuka peluang untuk kedua dua pasukan menjuarainya tetapi pasukan yang mampu beraksi dengan kewibawaan sebenar akan menikmati kejayaan pada tanggal 27 Julai ini.

Shakir merupakan pemain kebangsaan Singapura.

“Jangan memperkecilkan kemampuan barisan pemain Kedah awalaupun muda, pengalaman sejak beberapa tahun lalu bersama pasukan Hijau Kuning menjadikan mereka sebagai pemain yang perlu di hormati tetapi lawan yang menaggap berlainan akan menerima padahnya,” kata Shakir.

Tambahnya, dia mahu bersama pasukan Kedah lebih lama lagi tetapi kontraknya berakhir pada hujung tahun ini.

"Kalau KFA menawarkan kontrak baharu untuk terus beraksi sudah pasti saya akan menerimanya dengan gembira," katanya.

Shakir Hamzah, Kedah FA

Artikel Lain