suria

Kenal badminton ketika usia 6 tahun, ketahui fakta menarik juara All England Lee Zii Jia

Jaguh badminton negara, Lee Zii Jia memenangi final badminton All England 2021.

KEMENANGAN pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia dalam kejohanan badminton All England 2021 mencipta kemenangan manis buat seluruh rakyat Malaysia.

Dalam perlawanan sengit pada Ahad malam, Zii Jia mengalahkan juara bertahan dari Denmark, Viktor Axelson yang menduduki ranking ke-2 dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ia perlawanan yang gila” - Axelsen titip ucapan tahniah, puji kehebatan Zii Jia

Berikut adalah fakta-fakta menarik mengenai Zii Jia dan pencapaiannya dalam sukan badminton tanah air:

Aksi bertenaga Lee Zii Jia di Final All England 2021

1. Pemain perseorangan badminton negara ini berasal dari Alor Setar, Kedah.

2. Bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-23 pada 29 Mac ini.

3. Mempunyai ketinggian 186cm, berat 78kg.

4. 'Berkenalan' dengan sukan badminton ketika usia 6 tahun apabila bapanya membawanya ke sebuah kelab badminton di Kedah.

5. Pada mulanya bermain untuk tujuan riadah dan kesihatan sehinggalah kemahiran dalam sukan badminton semakin baik dari hari ke hari.

6. Bermain secara profesional bermula usia 13 tahun selepas beraksi cemerlang dalam pertandingan bawah 12 tahun.

7. Zii Jia kemudian mendapat tawaran masuk ke Sekolah Sukan Bukit Jalil.

8. Kini menduduki ranking ke-10 dunia.

Reaksi Lee Zii Jia setelah memenangi Final All England 2021

9. Wakil Denmark, Viktor Axelsen yang ditundukkan Zii Jia dalam All England 2021 pada Ahad merupakan juara bertahan yang juga pemain nombor dua dunia.

10. Zii Jia turun dengan rekod kekalahan sebanyak tiga kali ke atas Axelsen dalam lima kali pertemuan.

11. Kemenangan Zii Jia ke atas Axelsen dalam All England 2021 adalah yang kedua.

12. Kali pertama Zii Jia menewaskan Axelsen adalah di pusingan kedua Terbuka Korea pada tahun 2019.

13. Kemenangan kali ini sangat manis buat Zii Jia apabila Axelsen telah menewaskannya ketika aksi separuh akhir edisi All England pada 2020.

14. Zii Jia mengakui set pertama pertemuannya dengan Axelsen sangat sengit dan dia 'bernasib baik kerana menang'.

15. Axelsen menganggap perlawanannya dengan Zii Jia pada final All England 2021 sebagai 'perlawanan yang gila'.

16. Kejayaan Zii Jia muncul juara menamatkan penantian Malaysia selama 4 tahun selepas kali terakhir dilakukan Datuk Lee Chong Wei pada 2017.

17. Zii Jia membawa pulang hadiah wang tunai AS$59,500 (RM244,344).

18. Chong Wei pernah menggenggam trofi berkenaan selama 4 kali pada tahun 2010,2011,2014 dan 2017.

19. Pemain tempatan lain yang pernah menjuarai kejohanan bertaraf Super 1000 ini adalah Wong Peng Soon (1950,1951,1952,1955), Datuk Eddy Choong (1953,1954,1956,1957), Tan Aik Huang (1966) dan Muhammad Hafiz Hashim (2003).

20. Peminat badminton negara menganggap Zii Jia sebagai pengganti kepada legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei.

21. Zii Jia sedar sering dibandingkan dengan Chong Wei dan hanya menjadi diri sendiri apabila bermain.

22. Mengenai perbandingan dengan Chong Wei dia berkata - "Saya hanya berusaha untuk tidak mempedulikannya".

23. Menjadi juara junior di Terbuka Badminton Perak dan Selangor pada 2015 dan berjaya menempatkan diri dalam Persatuan Badminton Malaysia.

24. Pada November 2016, Zii Jia memenangi pingat gangsa dalam Kejohanan Junior Dunia setelah tewas kepada Chico Aura Dwi Wardoyo pada separuh akhir.

25. Pernah memenangi pingat emas perseorangan lelaki di Sukan Asia Tenggara pada tahun 2019.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain