suria

Ibu dedah Zii Jia hadapi tekanan luar biasa, asingkan diri sebelum kejohanan - “Dia video call, tunjuk trofi kepada kami”

Zii Jia bekerja keras untuk memperbaiki kegagalan di masa lalu

SELEPAS persembahan suram di tiga kejohanan di Thailand sejak Januari, Lee Zii Jia hanya mahu menebus kekalahannya sebaik melangkah ke Arena Birmingham pada 17 Mac.

Ibunya Leow Siet Peng berkata Zii Jia sangat kecewa dengan penampilannya dalam kejohanan sebelum ini sehingga dia mengasingkan diri buat sementara waktu daripada mereka yang rapat dengannya, termasuk keluarga.

Dia berkata Zii Jia dihantui rasa bersalah dengan aksi buruk di Thailand disusuli pergolakan dalam Persatuan Badminton Malaysia, yang mana lima pemain digugurkan pada Februari.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenal badminton ketika usia 6 tahun, ketahui fakta menarik juara All England Lee Zii Jia

“Dia hanya mahu memperbaiki diri. Dia ingin kembali bersinar di pentas antarabangsa, jadi tekanan yang dihadapinya untuk memenangi All England sangat luar biasa.

"Dia bekerja kerasnya dan usahanya telah terbayar. Kami sangat bangga dengannya, ” katanya ketika ditemui di rumah keluarga mereka di Jitra, Kedah, Isnin.



Ibu dan ayah Lee Zii Jia menunjukkan trofi dan medal yang pernah dimenangi oleh anaknya

Siet Peng berkata dia dan suaminya Lee Chee Hin, yang merupakan bekas pemain bola keranjang kebangsaan, kagum dengan kemampuan anak mereka bangkit dalam waktu singkat dengan latihan yang diperlukan sebelum bertanding di kejohanan Terbuka Swiss dan All England.

Dia berkata Zii Jia dihantui rasa bersalah dengan aksi buruk di Thailand disusuli pergolakan dalam Persatuan Badminton Malaysia, yang mana lima pemain digugurkan pada Februari.

“Dia hanya mahu memperbaiki diri. Dia ingin kembali bersinar di pentas antarabangsa, jadi tekanan yang dihadapinya untuk memenangi All England sangat luar biasa.

"Dia bekerja keras dan usaha itu telah terbayar. Kami sangat bangga dengan Zii Jia," katanya ketika ditemui di rumah keluarga mereka di Jitra, Kedah, Isnin.

Siet Peng berkata dia dan suaminya Lee Chee Hin, yang merupakan bekas pemain bola keranjang kebangsaan, kagum dengan kemampuan anak mereka bangkit dalam waktu singkat dengan latihan yang diperlukan sebelum bertanding di kejohanan Terbuka Swiss dan All England.

Dia berkata selepas kemenangan bersejarah itu, Zii Jia menghubungi mereka melalui panggilan video sekitar tengah malam untuk berkongsi detik gembira bersama mereka.

“Dia menunjukkan trofi kepada kami. Dia sangat gembira dan kami berbangga kerana dia mendapat sokongan penuh rakyat Malaysia.

“Yang paling penting, kami berharap Zii Jia akan terus cemerlang dalam sukan badminton, kami berharap dia akan terus membanggakan negara kita dengan memenangi gelaran yang lebih berprestij, ” tambah Siet Peng yang merupakan Penolong Kanan (pentadbiran) di SMJK Keat Hwa 2 di Alor Setar.



Reezal Merican menunjukkan keratan akhbar kemenangan Zii Jia di All England 2021

Dia berkata Zii Jia tidak akan pulang ke rumah dalam masa terdekat kerana perlu menjalani kuarantin, sambil menambah juga belum mendapat vaksinasi Covid-19.

Chee Hin, bekas ahli perniagaan berkata dia kagum dengan ketahanan dan tekad yang dipamerkan oleh Zii Jia.

“Dia baru berusia 23 tahun dan perjalanannya masih panjang. Saya harap semua rakyat Malaysia akan terus menyokongnya dan memberi masa untuk dia menjadi lebih baik dan hebat dalam sukan ini, ” katanya.

Zii Jia adalah anak kedua daripada tiga adik beradik yang berusia antara 20 dan 25 tahun.

Dia akan menyambut ulang tahun ke-23 pada 29 Mac ini.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kejayaan Zii Jia adalah mesej kepada dunia bahawa dia adalah pemain yang akan menggegarkan pentas badminton dunia.

"Selepas ini, Malaysia akan dilihat sebagai lawan yang kuat di antara pasukan yang mendominasi sukan badminton di Olimpik dan kejohanan antarabangsa yang lain," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain