PERPINDAHAN pemain naturalisasi Malaysia, Liridon Krasniqi ke Liga Super India diharapkan mampu membantu pemain tersebut menemui semula rentak permainannya.Ia sekali gus akan membantu pasukan kebangsaan menghadapi beberapa siri perlawanan yang bakal berlansung tidak lama lagi, demikian analisis portal bola sepak tempatan, Makan Bola. Pemain tengah pasukan Johor Datul Ta’zim itu dilaporkan menyertai Odisha FC dan perpindahan ini mungkin menguntungkan dirinya serta pasukan kebangsaan.Ini kerana Harimau Malaya bakal menghadapi beberapa siri perlawanan persahabatan dan kejohanan seperti Piala AFF Suzuki yang bakal berlangsung tidak lama lagi. ARTIKLE BERKAITAN: Greenwood akan jadi punca buat Man.United, tegas legenda Chelsea ARTIKLE BERKAITAN: Atlet rejam lembing Poland lelong pingat, bantu kumpul dana pembedahan jantung bayi Pemain kelahiran Yugoslavia ini menerima kritikan ramai setelah menampilkan persembahan kurang memberangsangkan termasuk ketika kempen kelayakan Piala Dunia. Perpindahan bekas bintang Kedah Darul Aman FC ini boleh memberikan persediaan yang cukup buat dirinya untuk terus mendapatkan minit permainan seterusnya mempamerkan kebolehan sebenarnya. Liridon yang lebih mesra dipanggil “Matdon” ini merupakan antara aset penting pasukan Harimau Malaya. Dia dikatakan mempunyai element fizikal dan kebolehan untuk memegang bola dengan baik. Pemain tinggi lampai ini mempunyai rekod yang baik ketika beraksi di Kedah, dengan 38 gol dan 52 bantuan gol dalam hanya 105 perlawanan, sepanjang 3 musim. Rekod ini jelas membuktikan bahawa beliau mempunyai kebolehan dan kualiti untuk mengetuai jentera tengah pasukan negara. Namun ketika beraksi bersama Newcastle Jets, pemain berusia 29 tahun ini gagal menonjolkan keupayaannya apabila hanya diturunkan sebanyak sembilan kali bersama kelab Australia itu, Ini juga menyebabkan kurangnya persediaan yang mencukupi untuk membolehkan dirinya beraksi dengan baik. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI