OXFORD Street, Big Ben, Tower Bridge, Westmister Abbey adalah antara lokasi klise bagi pelancong yang mengunjungi kota London.
Bagi sesiapa yang mengunjungi kota terkenal dunia ini tanpa tetapi tidak melawat lokasi wajib itu tentunya tidak sah lawatan mereka.
Tetapi sebenarnya banyak lagi lokasi yang menarik di dalam dan pinggir kota London yang belum menjadi pilihan terutama bagi pelancong Malaysia.
Apa kata kita kita tinjau dulu keistimewaan lokasi-lokasi lain yang turut menjanjikan kepuasan dalam kembara di kota London.
Sepagi di Kensington GardenTaman seluas 108 hektar ini menjadi sebahagian daripada kawasan hijau kota London.
Sambil melihat burung dan angsa liar bermain di tasik kecil di taman ini, pengunjung juga boleh menyewa basikal dan meneroka taman ini.
Kensington Garden juga menjadi taman kegemaran Lady Diana.
Murah-murah di Primark
-fotoReuters
Tenang di Bourton On The Water
Terkenal dengan jolokan 'Venice of Cotswold', pekan kecil yang terletak di pinggir kota London tidak kurang menariknya.
Bourton On The Water berada di kawasan Cotswold yang terkenal dengan keindahan dan kecantikan alam semulajadinya.
Dengan sungai jernih dan cetek yang menjadi tempat mainan kumpulan itik, yang berada di tengah-tengah pekan ini, melengkapkan lagi landskap indah pekan kecil ini.
Kunjungan ke pekan ini pasti tidak lengkap jika tidak singgah di Model Village.
Ia adalah replika mini pekan kecil ini yang dibuka kepada orang ramai sejak 1937.
Bukan hanya replika binaan bersaiz kecil tetapi juga pokok turut ditanam menggunakan kaedah bonsai.